Friday, November 21, 2014

Berhati-hati memasukkan Card dan No. PIN di Mesin ATM (Bank)


Dulu kita biasa dengar orang rompak Bank pecahkan mesin ATM, tapi sekarang zaman teknologi moden ni, diorang dapatkan duit dengan PERANGKAP orang ramai menggunakan alat yang direka sendiri, atau yang dibeli dari negara lain. alat yang dah dikenalpasti adalah Slot pembaca Card (Skimming) palsu, dan satu Keypad palsu.
Slot pembaca Card (Skimming) palsu yang direka oleh PENJENAYAH CYBER untuk merakam DATA yang ada pada Card korang. dan Keypad palsu untuk perangkap No. PIN yang korang tekan. bila dia dah dapat DATA Card dan No. PIN korang, diorang boleh ceroboh korang punya Account Bank tanpa Card. mungkin ramai yang belum tahu kes ni.



so, aku nasihatkan korang berhati-hati masa masukkan Card dan No. PIN di mesin ATM (Bank). kalau nampak mesin ATM tu pelik, jangan sesekali korang masukkan Card dan No. PIN. kes ni banyak berlaku di Indonesia.



Klik Like jika suka

Berhati-hati dengan penipuan SMS dan pencuri Kredit



Ni mesej yang dihantar oleh si penipu (SCAMMER)

"RM 0.00 kepada 60123456789, anda belum daftar Service SMS Content baru, cepat sms ON PW dan ON JW ke-36660 skrg untuk mulakan. Pendaftaran wajib!"

PERHATIAN:
Sekiranya korang terima mesej sebegini atau yang hampir macam di atas. Abaikan saja ya. ianya SCAM.

Ianya diberi nama : Manipulasi SMS Subscribe

SMS Subscribe sebenarnya adalah satu aaplikasi SMS yang membolehkan pengguna melanggan sesuatu perkhidmatan SMS. SMS Subscribe adalah aplikasi popular yang digunakan sekarang dalam perkhidmatan SMS. Ia boleh dikenalpasti apabila format sesuatu SMS itu dimulakan dengan perkataan seperti ON, REG, DAFTAR dan sebagainya. Di kaca televisyen, contohnya adalah seperti ON CINTA, ON KAWAN, REG EPL dan sebaginya.

Kebanyakkan perkhidmatan ini sah di sisi undang-undang, tapi jika di salahguna, ia menjadi satu penipuan. Sistem SMS ini melibatkan beberapa pihak. Andaikan mangsa pernah melanggan satu perkhidmatan ini, mangsa akan hantar SMS tersebut kepada telco, seterusnya telco akan menghantar nombor pelanggan tadi ke syarikat gateway. Syarikat gateway ini adalah syarikat yang memiliki kod 5 digit seperti 3xxxx.

Seterusnya, syarikat gateway akan menghantar nombor telefon kepada SCAMMER.

Mengapa syarikat gateway bersekongkol dengan SCAMMER? Sebenarnya, syarikat gateway tidak bersekongkol untuk menipu. SCAMMER ini biasanya tidak dikenali oleh syarikat gateway. SCAMMER menghubungi syarikat gateway dan menyewa perkhidmatan SMS Subscribe. Apa yang ingin dilakukan oleh SCAMMER tidak diketahui oleh syarikat gateway.

Penipuan melalui SMS Subscribe boleh berlaku apabila SCAMMER menghantar SMS kepada mangsa tanpa mengikut syarat dan terma penghantaran yang dipersetujui mangsa.

Contohnya, apabila pelanggan menerima banyak SMS berulang secara sengaja yang dihantar oleh SCAMMER. Kadang kala SCAMMER menghantar SMS yang lebih dari jumlah yang dipersetujui oleh mangsa.

Setiap kali menerima SMS dari SCMAMMER, mangsa akan dicaj. Perkara ini boleh berlaku berulang-ulang, lebih-lebih lagi mangsa tidak tahu untuk keluar dari langganan tadi.



Klik Like jika suka

Cara meminta bantuan POLIS secara rahsia di mesin ATM (Bank)



Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan No. PIN anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika No. PIN anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui Kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.



Klik Like jika suka

Rahsia disebalik External Hard Disk 'murah' yang dijual di PC Fair


Ada sorang mamat ni beli External Hard Disk di PC Fair. di lokasi mana tak dapat nak dipastikan dan ianya ditawarkan dengan harga yang sangat murah berbanding harga pasaran. ikutkan buat masa ni harga Hard Disk dah mahal balik. so mungkin ianya menjadi faktor penarik bagi mangsa untuk membelinya.

bila bukak casing je tengok hanya ada sebiji pendrive dengan batang besi dan nat di dalamnya. Pendrive dalam tu mungkin hanya nak bagi cukup syarat supaya ‘External’ tadi berfungsi macam biasa. berapa kapasiti Pendrive tu tak pasti. besi-besi pulak diletakkan dalam casing (siap gam) supaya nampak macam berat. so, aku nasihatkan korang jangan terpedaya dengan barang-barang murah yang dijual di PC Fair.



Klik Like jika suka

Berhati-hati apabila menerima panggilan Telefon


Ada orang yang terima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan "Missed Call". jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai Contact akan disalin (Copy) dalam masa 3 saat. jika anda mempunyai maklumat akaun Bank dalam Telefon Pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus, dan kod +371 dari Latvia. jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut.



Klik Like jika suka