Friday, November 21, 2014

Berhati-hati dengan penipuan SMS dan pencuri Kredit



Ni mesej yang dihantar oleh si penipu (SCAMMER)

"RM 0.00 kepada 60123456789, anda belum daftar Service SMS Content baru, cepat sms ON PW dan ON JW ke-36660 skrg untuk mulakan. Pendaftaran wajib!"

PERHATIAN:
Sekiranya korang terima mesej sebegini atau yang hampir macam di atas. Abaikan saja ya. ianya SCAM.

Ianya diberi nama : Manipulasi SMS Subscribe

SMS Subscribe sebenarnya adalah satu aaplikasi SMS yang membolehkan pengguna melanggan sesuatu perkhidmatan SMS. SMS Subscribe adalah aplikasi popular yang digunakan sekarang dalam perkhidmatan SMS. Ia boleh dikenalpasti apabila format sesuatu SMS itu dimulakan dengan perkataan seperti ON, REG, DAFTAR dan sebagainya. Di kaca televisyen, contohnya adalah seperti ON CINTA, ON KAWAN, REG EPL dan sebaginya.

Kebanyakkan perkhidmatan ini sah di sisi undang-undang, tapi jika di salahguna, ia menjadi satu penipuan. Sistem SMS ini melibatkan beberapa pihak. Andaikan mangsa pernah melanggan satu perkhidmatan ini, mangsa akan hantar SMS tersebut kepada telco, seterusnya telco akan menghantar nombor pelanggan tadi ke syarikat gateway. Syarikat gateway ini adalah syarikat yang memiliki kod 5 digit seperti 3xxxx.

Seterusnya, syarikat gateway akan menghantar nombor telefon kepada SCAMMER.

Mengapa syarikat gateway bersekongkol dengan SCAMMER? Sebenarnya, syarikat gateway tidak bersekongkol untuk menipu. SCAMMER ini biasanya tidak dikenali oleh syarikat gateway. SCAMMER menghubungi syarikat gateway dan menyewa perkhidmatan SMS Subscribe. Apa yang ingin dilakukan oleh SCAMMER tidak diketahui oleh syarikat gateway.

Penipuan melalui SMS Subscribe boleh berlaku apabila SCAMMER menghantar SMS kepada mangsa tanpa mengikut syarat dan terma penghantaran yang dipersetujui mangsa.

Contohnya, apabila pelanggan menerima banyak SMS berulang secara sengaja yang dihantar oleh SCAMMER. Kadang kala SCAMMER menghantar SMS yang lebih dari jumlah yang dipersetujui oleh mangsa.

Setiap kali menerima SMS dari SCMAMMER, mangsa akan dicaj. Perkara ini boleh berlaku berulang-ulang, lebih-lebih lagi mangsa tidak tahu untuk keluar dari langganan tadi.



Klik Like jika suka

0 comments:

Post a Comment