Friday, November 21, 2014

Rahsia disebalik External Hard Disk 'murah' yang dijual di PC Fair


Ada sorang mamat ni beli External Hard Disk di PC Fair. di lokasi mana tak dapat nak dipastikan dan ianya ditawarkan dengan harga yang sangat murah berbanding harga pasaran. ikutkan buat masa ni harga Hard Disk dah mahal balik. so mungkin ianya menjadi faktor penarik bagi mangsa untuk membelinya.

bila bukak casing je tengok hanya ada sebiji pendrive dengan batang besi dan nat di dalamnya. Pendrive dalam tu mungkin hanya nak bagi cukup syarat supaya ‘External’ tadi berfungsi macam biasa. berapa kapasiti Pendrive tu tak pasti. besi-besi pulak diletakkan dalam casing (siap gam) supaya nampak macam berat. so, aku nasihatkan korang jangan terpedaya dengan barang-barang murah yang dijual di PC Fair.



Klik Like jika suka

0 comments:

Post a Comment